Social Icons

KENAPA MINUM AIR BANYAK UTK KURUS?



                                           




AIR UNTUK KURUS ? Biar betul?

Iya.. air putih dan bukannya airasia. Sebenarnya, kekurangan peratusan air dalam badan boleh membantutkan proses pelansingan anda terutamanya jika anda memang sedang giat berdiet. Mengapa saya berkata demikian? Di bawah disenaraikan mengapa air sangat penting dalam proses pengurusan dan pelansingan badan:


1. Peratusan penurunan berat badan sangat dipengaruhi oleh peratusan kehilangan air dalam tubuh juga. Pernah dengar “gemuk air”? Sebenarnya bukan air yg menggemukkan tetapi lemak. Jadi, sangatlah penting untuk minum byk air bg menghindarkan diri dari terkena hidrasi sewaktu proses penurunan berat badan.

2. Proses pembakaran kalori memerlukan bantuan air agar lebih efektif. Dalam erti kata lain, air juga mempengaruhi fungsi metabolism tubuh.

3. Sewaktu tubuh membakar kalori, tubuh juga mengeluarkan toksin, air dalam tubuh akan memainkan peranan membantu menyingkirkan toksin ini melalui perkumuhan. Jadi, jangan jadikan alasan untuk kurang minum air kerana takut kerap ke bilik air kerana yang dibuang adalah toksin dalam badan.

4. Apabila berlaku hidrasi, ia akan menyekat pengaliran darah dalam tubuh, dan mengurangkan bekalan oksigen dalam otot di mana anda kan berasa cepat letih. Bila ini berlaku, anda pasti tidak mampu untuk melakukan senaman atau bergerak aktif untuk membakar lemak.

5. Selain itu, air juga mambantu mengekalkan pembentukan dan kontraksi otot tubuh sewaktu kita bergerak atau bersenam. Bekalan air yg cukup boleh menjauhkan kita daripada mengalami risiko kekejangan otot atau otot mudah membengkak sewaktu melakukan aktiviti senaman.

6. Pengambilan serat dan protein adalah amat penting dalam proses diet anda tetapi fungsi serat akan terhalang tanpa air yang cukup. Jadi, itulah sebabnya mengapa anda masih mengalami sembelit meskipun sudah mengambil keperluan serat yg cukup.

7. Minum air juga ada aturannya, pengambilan air pada waktu yang tepat dengan jumlah yang cukup akan memaksimumkan keberkesanan fungsi tubuh. Dua gelas air sebaik bangun tidur akan membantu kelancaran proses penghadaman, satu gelas air sebelum mandi membantu merendahkan tekanan darah, satu gelas air sebelum tidur akan mengelakkan strok atau serangan jantung. Bukan sahaja turun berat badan, tetapi juga sihat dan murah.

8. Setiap hari kita akan kehilangan lebih kurang dua liter air dari badan melalui proses perkumuhan, pernafasan dan aktiviti2 lain. Jadi kita perlu menggantikan air yang hilang itu supaya proses di dalam badan tidak terganggu dan sekaligus meningkatkan kadar metabolisme.

9. Minum sebotol air mineral sejam sebelum bersukan atau melakukan senaman, pasti anda akan berpeluh dengan banyak dan mengeluarkan toksin dari tubuh dengan cepat. Selagi toksin yang terkumpul dalam badan tidak dibuang, selagi itu anda tidak akan mendapat berat badan yg diimpikan.

10. Minum sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari bagi memenuhi keprluan air dalam tubuh bergantung juga kepada keperluan dan tahap aktiviti mengikut individu. Air akan hilang sebanyak 1 mililiter bg setiap 1kcal yang digunakan dalam kegiatan harian.

KENAPA ESP ADA DALAM SETIAP SET







Kerana PROTEIN adalah ASAS dan MAKANAN kepada sel.. Protein penting untuk 


PEMBENTUKAN dan PEMBAHARUAN SEL.. jadi bila sel SIHAT dan cukup ENERGY, 



PENYERAPAN nutrien adalah lebih OPTIMUM..


nak KURUS- ESP mengawal selera makan..


nak PUASA- ESP memberi rasa kenyang lebih lama..membekalkan tenaga sepanjang hari


nak TAMBAH SUSU IBU-ESP membantu mempercepatkan penghasilan susu


nak CANTIK- ESP menggebu, melicin dan menganjalkan kulit


nak SIHAT- ESP menyihatkan tubuh keseluruhannya.
                                             



                     Kenapa Saya Pilih Produk Shaklee??



Didalam kehidupan dunia modern sekarang, makanan pun turut sama modern, buktinya…

semakin berlambak di pasaran makanan-makanan jenis ‘instant’ atau segera yang mana 

kebanyakkannya kurang berkhasiat dan hampir-hampir tidak berzat. Bila makanan pun banyak 

yang ‘instant’ , maka penyakit pun banyak yang ‘instant’ juga. Kalau kita lihat zaman mak ayah 

tok nenek kita dulu, orang yang mendapat penyakit kencing manis, darah tinggi, sakit jantung ni 

hanya dikalangan orang-orang tua…yang enjinnya dah mencecah 60 , 70 , 80 tahun…tapi 

zaman modern yang segala-galanya cepat dan segera ini usia muda seawal 20 an pun dah 

terkena penyakit-penyakit macam ni.



Namun begitu, Alhamdulillah sekarang ni ramai dah sedar tentang gaya hidup sihat. Ramai 

yang telah menjaga kesihatan diri dengan pengambilan vitamin dan supplemen…..tapi 

masalah lain lak yg timbul…



NAK PILIH MANA SATU?…..sekarang ni kat pasaran melambak mcm2 jenis vitamin… kat 

farmasi lagi la… berderet….tinggal tepuk dada dan tepuk walet je..kan kan……habis tu 

kenapa saya pilih dan kongsikan disini brand Shaklee?…..jombaca sekilas fakta tentang beza 

jenis2 vitamin (sintetik dan natural)…

*credit to mommylyna dan mommy icha.

* “Ramai yang bertanya “Boleh ke saya makan vitamin yang beli farmasi atau vitamin yang diberi percuma, lepas tu ambil milk booster Shaklee?”

* Ada juga yang bertanya “Apa beza vitamin Shaklee dengan vitamin lain? Kan sama je vitaminnya”.



Sebenarnya, vitamin Shaklee memang berbeza dengan vitamin lain. ….Vitamin atau 

supplement atau makanan tambahan ni secara amnya ada 2 jenis, vitamin sintetik dan vitamin 

natural. Apakah vitamin sintetik dengan natural ni? OK kita semak satu-satu.


Penghasilan


Vitamin natural dihasilkan dari ekstrak bahan2 semulajadi dengan mengambil intipati yang 

diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dari 

mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat2nya.

Vitamin sintetik dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri2 seakan-akan 

bahan yang terdapat dalam vitamin. COntohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula 

empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul2 karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh 

dihasilkan dari apa2 bahan bagi menghasilkan asid askorbik.



Keserasian dengan badan


Vitamin natural dihasilkan dari bahan2 makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan 

semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang 

lebih baik.

Vitamin sintetik, walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin natural, apa 

lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan 

terkejut kalau saya katakan tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu 

bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik.

Vitamin sintetik memberi kesan, sama ada jangka pendek atau jangka panjang.


Harga


Vitamin natural tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan2 semulajadi 

memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.

Vitamin sintetik biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.



Kesan kepada tubuh badan


Vitamin natural mengambil intipati dari bahan2 semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan2 

yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium 

memerlukan magnesium vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium 

yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dlam ginjal dan boleh menyebabkan batu 

karang atau batu buah pinggang.

Vitamin sintetik, oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, 

makan kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ’solo’, misalnya kalsium tanpa 

magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. 

Begitu juga dengan vitamin2 lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan 

sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.Kesan jangka panjang

Vitamin natural tidak mendatangkan kesan sampingankerana penghasilan dari bahan2 seperti 

yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).

Vitamin sintetik mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat 

ketidakstabilan bahan2 yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi 

kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.Pendek kata, perbandingan antara vitamin 

natural dengan vitamin sintetik adalah umpama bunga hidup dengan bunga plastik. Bunga 

plastik itu memang lebih mudah, murah, dan tahan lama. Tapi keunggulan bunga hidup tidak 

dapat ditandingi, walau macamana ‘nampak asli’ bunga plastik tersebut. Atau seperti objek 

sebenar dengan imej dalam cermin. Walaupun kelihatan sama, tp imej dalam cermin tetap 

bukan objek sebenar.Pilihan di tangan anda…apa pun kesihatan tidak boleh dibeli dengan 

nilai wang ringgit, oleh itu peruntukkanlah sedikit wang anda demi mendapatkan vitamin yang 

baik dan berkualiti demi kesihatan anda dan keluarga. Anda seharusnya mula dari sekarang 

kerana nak sihat ketika usia emas bukan terjadi dalam sehari dua , ianya terbentuk dari 

amalan pemakanan yang sihat ketika usia masih muda lagi.




RESEPI ENERGIZING SOY PROTEIN ESP


 
                                

Inilah resepi yang paling basic saya dan kawan-kawan saya biasa beritahu kepada pengguna-pengguna baru. antara resepi yang saya dapat daripada pengguna-pengguna otai :)
  1. ESP + Fresh Milk (boleh plus pulak lagi dengan kurma, kismis, badam .. marvellous!)
  2. ESP + Air suam
  3. ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP..bukan sahaja bertenaga..boost milk production malah energized)
  4. ESP + SusuAnmum
  5. ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
  6. ESP + Nesvita 3in1
  7. ESP + jus twister tropicana ESP
  8. ESP + Ribena
  9. ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
  10. ESP + Milo/Horlicks
  11. ESP + sirap bandung
  12. ... Sila tambah lagi mengikut kreativiti dan selera anda

SEKS DALAM PANTANG

Mengikut tradisi orang Melayu, berpantang bagi ibu selepas bersalin yang paling baiknya adalah 100 hari. Bagi sesetengah orang, 100 hari itu dimaksudkan dengan tempoh berpantang untuk tidak bersama suami, manakala pemakanan harus dikawal secara ketat sehingga 40 hari yang pertama.




Selepas bersalin, ibu biasanya akan mengalami perkara-perkara berikut:
Trauma dengan proses kelahiran 
Bayi yang keluar melalui vagina wanita akan menyebabkan tisu vagina yang lembut luka. Apatah lagi, yang digunting (episiotomi) dan dijahit. Luka ini akan mengambil masa sehingga berminggu-minggu untuk sembuh sepenuhnya.
Perubahan hormon dan emosi 
Kelahiran anak akan membawa perubahan yang besar dalam hidup. Penjagaan anak dan proses berpantang akan sedikit sebanyak membawa tekanan emosi kepada ibu. Ditambah lagi dengan perubahan hormon yang akan mempengaruhi emosi dan keinginan seksual ibu.
Perubahan fizikal 
Jarang wanita lepas bersalin merasa seksi kerana bentuk fizikal yang mengalami perubahan ketara seperti tubuh yang makin berisi, menggeleber, kulit perut merekah dan badan berjerawat. Ibu merasakan dirinya tidak menarik lagi.
Jadi, adalah penting untuk pasangan suami isteri peka dan bersedia untuk menghadapi masalah seksual yang akan timbul 6 bulan pertama selepas kelahiran anak. Kesabaran yang tinggi sokongan amat penting untuk ditonjolkan oleh suami kerana bukan senang untuk mengandung dan melahirkan.
Apa yang terjadi kepada keinginan seksual wanita selepas bersalin?
Kebanyakan wanita tiada keinginan untuk bersetubuh sekurang-kurangnya beberapa minggu selepasa bersalin kerana kesakitan dan keletihan. Jika proses kelahiran adalah lama dan sukar, wanita mungkin takut untuk mengandung lagi jika melakukan hubungan seks. Perubahan hormon dan kerisauan juga mempengaruhi keinginan seksual wanita selepas bersalin yang akan menyebabkan kekeringan faraj. Ini biasa berlaku dalam tempoh 3 bulan pertama selepas kelahiran.
Kebiasaannya, wanita akan mempunyai keinginan seksual selepas beberapa bulan bersalin. Jika tidak, dapatkan nasihat daripada doktor untuk mengatasi masalah ini.


Adakah kelahiran bayi akan menjejaskan hubungan seks?
Sudah semestinya! Kebanyakan ibu dan bapa yang baru menimang cahaya mata akan keletihan kerana tidur yang tidak mencukupi. Keadaan ini mungkin akan berlanjutan beberapa bulan atau mungkin bertahun. Dalam tempoh masa ini, suami akan merasakan dirinya disisihkan dan segala tumpuan diberikan kepada bayi. Tak mustahil juga jika suami akan merasa cemburu dengan bayinya.
Walau bagaimana pun, kebanyakan suami akan menghargai isterinya apabila melihat sendiri proses kelahiran. Suami dapat menyaksikan sendiri betapa besarnya pengorbanan isteri yang bersabung nyawa untuk melahirkan anaknya. Pengalaman tersebut akan menyebabkan suami menjadi lebih bertolak ansur dalam semua perkara dan menjadi titik tolak bermulanya fasa baru dalam perkahwinan.
Terdapat juga sesetengah lelaki yang berasa tertekan dengan proses kelahiran yang disaksikan. Mereka berasa sangat bersalah dan kesian dengan isteri sehinggakan tidak sanggup memikirkan untuk melakukan hubungan seks lagi. Suami yang terlalu obses dengan pemikiran ini sehingga menyekat hubungan seks dilakukan walaupun isterinya sudah pulih harus mendapatkan nasihat kaunselor. Tapi, selalunya pemikiran untuk tidak melakukan hubungan seks ini akan beransur hilang walaupun rasa bersalah dan kesian masih menebal.
Faktor-faktor tersebut boleh mewujudkan kerenggangan suami isteri. Bagi mengembalikan keharmonian rumah tangga, pasangan suami isteri harus mempunyai kepercayaan dan menghargai pasangan masing-masing. Sifat sabar dan bertolak ansur memainkan peranan yang penting bagi memahami kehendak masing-masing. Suami isteri boleh melibatkan anak dalam perkara yang dilakukan bersama supaya kehadiran anak akan mengembalikan rasa bahagia. Dengan cara ini juga boleh menyedarkan suami isteri tentang tanggungjawab baru mereka sebagai ibu dan ayah dan peranan ini memerlukan kerjasama yang kukuh.



Bila masa yang sesuai untuk hubungan seks?
Secara amnya, sebaik-baiknya masa yang sesuai bagi wanita selepas bersalin untuk melakukan hubungan seks adalah selepas pemeriksaan yang akan dilakukan lebih kurang 4-6 minggu selepas bersalin. Dalam tempoh 4-6 minggu tersebut, anda tidak digalakkan untuk melakukan hubungan seks kerana organ reproduktif seperti faraj dan rahim masih belum pulih sepenuhnya. Tambahan lagi apabila jahitan pada vagina belum sembuh serta darah nifas masih belum kering. Hubungan seks dalam tempoh tersebut boleh mengakibatkan jangkitan kuman dan menyebabkan proses penyembuhan organ reproduktif mengambil masa yang lebih lama. Kebiasaannya, selepas 6 minggu, rahim akan kembali mengecut seperti sediakala dan luka jahitan sudah sembuh.
Apabila anda suami isteri sudah bersedia untuk melakukan hubungan seks, lakukan dengan hati-hati dan lembut. Carilah masa yang sesuai di mana anda tidak terlalu letih dan anak anda tidur dengan lena.
Seks dalam pantang
Menurut kajian yang telah dilakukan, seks yang dilakukan selepas bersalin (dalam tempoh berpantang) boleh menyebabkan embolisma udara yang menyebabkan kematian. Embolisma udara dalam faraj akan berlaku apabila seks oral dilakukan oleh pasangan anda terhadap anda. Udara yang ditiup masuk ke dalam faraj akan masuk ke dalam rahim dan seterusnya masuk ke dalam salur darah. Kesannya boleh membawa kepada KEMATIAN yang pernah dilaporkan terutamanya di negara-negara barat.
Itulah pentingnya mengikut panduan yang digariskan dalam Islam dalam konteks hubungan seks. Rupanya perkara yang tidak digalakkan oleh Rasulullah boleh membawa akibat yang buruk. Jadi, penting bagi suami isteri memahami garis panduan dalam melakukan hubungan seks kerana hubungan seks yang baik akan menjurus kepada kesihatan yang baik.
Petikan dari Comel

SET IBU  BERPANTANG/PEMBEDAHAN

 

Luka Cepat Sembuh,Susu
Meriah & Badan 
Sentiasa                             "Tiada Lagi Kelesuan
Segar Sepanjang               Di Saat Bersama 
Berpantang...........            Si Manja Kesayangan"

                                           




Set Berpantang/Pembedahan Shaklee

Memandangkan ibu-ibu kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan maka ibu-ibu perlulah 

memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan

 semula darah yang keluar semasa proses melahirkan. Zat besi sangat penting dalam 

pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat,

letih , lesu dan tak bermaya. Bagi ibu yang mempunyai niat menyusukan anak perlulah 

memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak

 adalah sangat baik.


Apakah sebenarnya perbezaan mengamalkan jamu atau vitamin semasa dalam pantang? 

Sebenarnya jamu juga dikategorikan sebagai makanan tambahan. Namun badan kita mengambil masa yang lama untuk menguraikan jamu tersebut untuk mendapatkan vitamin dan khasiat yang terdapat di dalamnya ditambah kandungan jamu tidak dapat diketahui dengan lebih lengkap.

Berbeza dengan vitamin. Badan kita sangat mudah mengenali vitamin. Pengambilan vitamin membuatkan badan kita menerima dengan cepat serta pengambilan air yang mencukupi akan menyebabkan penyerapan berlaku dengan sangat baik.

Ibu di dalam pantang di galakkan mendapat makanan yang kaya dengan khasiat folik asid, zat besi, zink dan bebera vitamin lain supaya cepat pulih dari sakit melahirkan. Selain itu vitamin juga sangat perlu agar ibu itu tidak mudah mendapat meroyan dikala ia berada dalam pantang.

Bagi ibu yang hendak menyusukan bayi dengan susuibu sepenuhnya, disarankan agar ibu itu tidak mengambil apa-apa jamu kerana dikhuatiri ia akan memberi kesan yang tidak elok untuk hati bayi dan mempunyai risiko bayi mendapat sakit demam kuning atau nama popular disebut jaundice.


Set Berpantang Shaklee terdiri daripada :-

  • Vitamin C
  • Vitamin Lea
  • Zinc Complex 
  • B Complex

Vitamin C


  1. Anti-oksidan semulajadi
  2. Mengekalkan Integriti sel
  3. Manggalaakkan gigi,gusi,tulang,otot dan salur darah supaya sihat
  4. Menolong mengurangkan syptom elergy

Vitamin Lea


  1. Meningkatkan kecerdasan mental dan ketahanan dari jangkitan
  2. Menolong fungsi normal penghadaman
  3. Penting untuk pertumbuhan sel dan pembiakan

Zinc Complex


  1. Menghalang rambut gugur
  2. Meningkatkan system imum,menolong penyembuhan dan masalah jeragat
  3. Kesihatan prostat
  4. Meningkatkan daya seksual dan pertumbuhan organ

B Complex


  1. Menggalakkan kesihatan jantung,metabolisme tenaga dan replikasi DNA yang sihat
  2. Menukarkan makanan menjadi tenaga
  3. Mengurangkan syptom kemurungan dan tekanan
  4. Meningkatkan fungsi otak  

SET IBU MENYUSU SHAKLEE

 




 
Set breastfeeding Shaklee bukan sekadar milk booster (membanyakkan susu) tetapi ia adalah rangkaian vitamin dan mineral keperluan ibu yang menyusukan anak, supaya ibu
akan:
  1. -Lebih bertenaga
  2. -Kurang stress/tekanan perasaan
  3. -Mengelakkan mer
    oyan
  4. -Mengurangkan sakit badan (sakit urat)
  5. -Kurang mengantuk (di waktu yang tak sepatutnya mengantuk)
  6. -Perbaiki keintiman suami isteri
  7. -Memiliki wajah berseri-seri
  8. -Mencantikkan kulit dan kuku
  9. -Mengawal berat badan
  10. -Membanyakkan susu ibu

Maklumlah kadangkala pemakanan kita seharian tu walaupun dah cukup, tapi banyak perkara yang boleh memberi kesan terhadap penyerapan vitamin oleh tubuh kita, misalnya:

-Sumber makanan dan cara masakan yang merosakkan nutrien
Stress
-Pencemaran udara
-Usus yang ‘kotor’ dan tidak dapat menyerap nutrien dengan baik
-Kurang rehat dan kurang tidur
-Pemakanan yang tidak seimbang (sekadar kenyang saja)






Apakah Kepentingan vitamin shaklee dalam penyusuan?    


Vita Lea                                                                   


Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan  minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.


B Complex


Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam.


Vitamin C


Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.


Alfafa


Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung.Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink.



Bagi yang bajet kurang leh pilih set menyusu mengikut bajet anda.Lihat gambar di diatas.


Saya adalah pengedar sah Shaklee .. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya.

sarolyda bt Mat Ghani
Tel : 0139467465
Fb : Sarolyda Sal
Fb Page : SuperMom Collection

SET KECANTIKAN SHAKLEE

                                                                                                                            

        

Dalam set kecantikan shaklee ada 3 iaitu Sustained RealeasVita- C,B Complex dan Vitamin E Complex..

Dalam set kecantikan ini saya sendiri telah mengamalkan selama 6 bulan...Alhamdulillah ternyata kulit muka nampak berseri dan parut jerawat makin memudar..

Fungsi bagi setiap vitamin ;-


vitamin c- bagus utk pembentukan kolagen dan tisu baru serta mencerahkan kulit  secara semulajadi.
vitamin E -merawat dan mencerahkan parut, anti-aging, melawan radikal bebas yg boleh memusnahkan sel yg diperlukan oleh badan
vitamin b-complex -- membantu  menstabilkan hormon dlm badan,  mengandungi B2 iaitu Riboflavin yg  dikenali sebagai beauty  vitamin.


Kulit yang cantik adalah impian setiap orang,lebih-lebih lagi kaum hawa.Kulit yang kusam,tidak sekata,berjerawat dan pori-pori luas adalah masalah kulit umum di Malaysia.

Ada yang mengambil jalan singkat menutup dengan segala macam bedak,foundation dan concealer tapi hakikatnya di sebalik topeng bedak,foundation dan concealer kulit masih tetap bermasalah.Biasa terbaca di akhbar,bila giat sangat mencuba produk kecantikan yang baru hanya menambah duka dan masalah di muka.Kulit muka terbakar,tambah berjerawat dan menjadi semakin sensitif.Oleh itu sangat penting selidik dulu sebelum menyapu apa-apa di muka anda..

Situasi ini pernah berlaku pada saya ketika dahulu...yang terlalu ecxited nak mencuba satu produk tempatan...akhirnya muka saya menjadi merah dan menggelupas.Keadaan ini buat saya fobia nak mengambil mana-mana produk kecantikan.Dan saya biarkan kulit saya tanpa memakai apa produk lagi selama 5 tahun.

Selepas saya berjumpa dengan shaklee,baru saya tahu...nak cantik dari luar mesti cantik dari dalam dulu.saya memang berpuas hati dengan vitamin dari shaklee.Ini lah cara saya untuk merawat kulit muka saya.

Mahu lebih selamat rawatlah kulit muka dari dalam dan bukan menggunakan jalan singkat.