Social Icons

                                             



                     Kenapa Saya Pilih Produk Shaklee??



Didalam kehidupan dunia modern sekarang, makanan pun turut sama modern, buktinya…

semakin berlambak di pasaran makanan-makanan jenis ‘instant’ atau segera yang mana 

kebanyakkannya kurang berkhasiat dan hampir-hampir tidak berzat. Bila makanan pun banyak 

yang ‘instant’ , maka penyakit pun banyak yang ‘instant’ juga. Kalau kita lihat zaman mak ayah 

tok nenek kita dulu, orang yang mendapat penyakit kencing manis, darah tinggi, sakit jantung ni 

hanya dikalangan orang-orang tua…yang enjinnya dah mencecah 60 , 70 , 80 tahun…tapi 

zaman modern yang segala-galanya cepat dan segera ini usia muda seawal 20 an pun dah 

terkena penyakit-penyakit macam ni.



Namun begitu, Alhamdulillah sekarang ni ramai dah sedar tentang gaya hidup sihat. Ramai 

yang telah menjaga kesihatan diri dengan pengambilan vitamin dan supplemen…..tapi 

masalah lain lak yg timbul…



NAK PILIH MANA SATU?…..sekarang ni kat pasaran melambak mcm2 jenis vitamin… kat 

farmasi lagi la… berderet….tinggal tepuk dada dan tepuk walet je..kan kan……habis tu 

kenapa saya pilih dan kongsikan disini brand Shaklee?…..jombaca sekilas fakta tentang beza 

jenis2 vitamin (sintetik dan natural)…

*credit to mommylyna dan mommy icha.

* “Ramai yang bertanya “Boleh ke saya makan vitamin yang beli farmasi atau vitamin yang diberi percuma, lepas tu ambil milk booster Shaklee?”

* Ada juga yang bertanya “Apa beza vitamin Shaklee dengan vitamin lain? Kan sama je vitaminnya”.



Sebenarnya, vitamin Shaklee memang berbeza dengan vitamin lain. ….Vitamin atau 

supplement atau makanan tambahan ni secara amnya ada 2 jenis, vitamin sintetik dan vitamin 

natural. Apakah vitamin sintetik dengan natural ni? OK kita semak satu-satu.


Penghasilan


Vitamin natural dihasilkan dari ekstrak bahan2 semulajadi dengan mengambil intipati yang 

diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dari 

mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat2nya.

Vitamin sintetik dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri2 seakan-akan 

bahan yang terdapat dalam vitamin. COntohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula 

empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul2 karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh 

dihasilkan dari apa2 bahan bagi menghasilkan asid askorbik.



Keserasian dengan badan


Vitamin natural dihasilkan dari bahan2 makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan 

semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang 

lebih baik.

Vitamin sintetik, walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin natural, apa 

lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan 

terkejut kalau saya katakan tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu 

bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik.

Vitamin sintetik memberi kesan, sama ada jangka pendek atau jangka panjang.


Harga


Vitamin natural tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan2 semulajadi 

memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.

Vitamin sintetik biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.



Kesan kepada tubuh badan


Vitamin natural mengambil intipati dari bahan2 semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan2 

yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium 

memerlukan magnesium vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium 

yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dlam ginjal dan boleh menyebabkan batu 

karang atau batu buah pinggang.

Vitamin sintetik, oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, 

makan kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ’solo’, misalnya kalsium tanpa 

magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. 

Begitu juga dengan vitamin2 lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan 

sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.Kesan jangka panjang

Vitamin natural tidak mendatangkan kesan sampingankerana penghasilan dari bahan2 seperti 

yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).

Vitamin sintetik mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat 

ketidakstabilan bahan2 yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi 

kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.Pendek kata, perbandingan antara vitamin 

natural dengan vitamin sintetik adalah umpama bunga hidup dengan bunga plastik. Bunga 

plastik itu memang lebih mudah, murah, dan tahan lama. Tapi keunggulan bunga hidup tidak 

dapat ditandingi, walau macamana ‘nampak asli’ bunga plastik tersebut. Atau seperti objek 

sebenar dengan imej dalam cermin. Walaupun kelihatan sama, tp imej dalam cermin tetap 

bukan objek sebenar.Pilihan di tangan anda…apa pun kesihatan tidak boleh dibeli dengan 

nilai wang ringgit, oleh itu peruntukkanlah sedikit wang anda demi mendapatkan vitamin yang 

baik dan berkualiti demi kesihatan anda dan keluarga. Anda seharusnya mula dari sekarang 

kerana nak sihat ketika usia emas bukan terjadi dalam sehari dua , ianya terbentuk dari 

amalan pemakanan yang sihat ketika usia masih muda lagi.




No comments:

Post a Comment